Nuffnang Head

Saturday, February 26, 2011

Sarawak berpesta!

Sarawak berpesta!Posted on February 26, 2011, SaturdayKUCHING: Sarawak ‘mengamuk’ ketika membelasah KL Pos Malaysia 5-1 pada aksi Liga Perdana 2011 di Stadium Selayang, Kuala Lumpur petang semalam (Jumaat).Gol-gol Sarawak dijaringkan oleh Mazwandi Zakeria (satu gol), Wong Sai Kong (satu gol), Bobby Gonzales (dua gol) dan Mohd Khairul Azahar (satu gol).Sementara gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan pada minit ke-29 babak pertama setelah mereka ketinggalan 1-0.“Saya amat berpuas hati dengan persembahan hebat pasukan kita, malah kita berjaya mencatat kemenangan dengan jaringan besar,” kata ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan Sarawak, Mohd Zaki Shaikh Ahmad ketika dihubungi Utusan Borneo di Kuala Lumpur, semalam.Mohd Zaki berkata semua pemain yang diturunkan dalam kesebelasan...

Monday, February 21, 2011

Pemangkin lonjak prestasi

Pemangkin lonjak prestasiOleh Ruhaiza Rusmin ruhaizarusmin@hmetro.com.my      TINGKATKAN AZAM...mereka yang memilih profesyen pendidikan perlu berazam menjadi guru yang baik tanpa mengharapkan imbuhan atas bakti dicurahkan.PENGUMUMAN pemberian insentif kepada guru besar dan guru cemerlang yang mencapai sasaran kecemerlangan ditetapkan Kementerian Pelajaran dianggap hadiah kepada golongan itu.Ia mampu menyuntik pembaharuan kepada dunia pendidikan negara. Bagaimanapun, pemberian itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang turut menggembleng usaha namun tidak terpilih.    CEMERLANG...kecemerlangan...

Tuesday, February 15, 2011

Sarawak benam SDM Navy 3-0!

Sarawak benam SDM Navy 3-0!by Wan Ali Amit. Posted on February 15, 2011, TuesdayMohd Zaki tuntut peningkatan prestasi di sebalik kemenangan selesa pasukannya ALA ROONEY: Penyerang Sarawak, Bobby Gonzales (kanan) menjaringkan gol cantik ketika menentang SDM Navy Pulau Pinang pada perlawanan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam. Sarawak menang selesa 3-0. — Gambar Johnathan BulletKUCHING: Meskipun beraksi pada tahap prestasi yang kurang memuaskan, skuad Sarawak masih boleh berbangga dengan kemenangan mutlak 3-0 ke atas kelab tentera, SDM Navy Pulau Pinang dalam aksi Liga Perdana di Stadium Negeri, Petra...

Sunday, February 13, 2011

Hukuman rotan

Hukuman rotan sepatutnya dilaksanakan hanya sebagai pilihan terakhirPosted on February 11, 2011, FridayKUCHING: Hukuman merotan sepatutnya hanya dilaksanakan sebagai pilihan terakhir selepas amaran, kaunseling, memanggil ibu bapa ke sekolah dan tindakan menggantung pelajar daripada sekolah.Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, ia (merotan) sepatutnya bermaksud untuk menghukum dan bukannya mengakibatkan kecederaan.“Sebelum merotan, sepatutnya hukuman lain dijalankan. Pelajar sepatutnya diberi nasihat dan kaunseling… tetapi sekiranya kesalahan diulangi, pihak sekolah sepatutnya bertindak memanggil ibu bapa ke sekolah atau menggantung pelajar dari sekolah,” kata-nya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kes dua pelajar  sekolah berasrama ...

Thursday, February 10, 2011

924 guru besar terima insentif RM7,500

924 guru besar terima insentif RM7,500 2011/02/10 PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah), demikian diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus. Katanya, senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan kemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. "Jemaah...

Pages 71234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body