Nuffnang Head

Wednesday, March 9, 2011

Sindrom buta huruf kalangan pelajar meningkat, kata MAPIM


Sindrom buta huruf kalangan pelajar meningkat, kata MAPIM


Posted on March 9, 2011, Wednesday
KUCHING: Buta huruf di kalangan pelajar sekolah kebangsaan dan menengah kini sudah mencecah ratusan ribu dan Kementerian Pelajaran Malaysia wajib mencari pendekatan baru untuk mengu-rangkan sindrom itu daripada terus meningkat.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata ramai ibu bapa yang melihat bahawa sistem pendidi-kan wajib diolah dengan pendekatan yang lebih berkesan dalam menghadapi sindrom buta huruf itu.
Namun katanya, terdapat sekolah-sekolah yang membenarkan dan menempatkan jumlah 50 pelajar berbanding dengan jumlah 25 orang yang sepatutnya dalam sesebuah kelas.
“Jumlah pelajar yang ramai seperti itu sudah tentunya menimbulkan keadaan yang kurang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo di sini semalam.
Justeru, katanya, pihak kementerian terbabit wajib memberi keutamaan sama ada berusaha menambah bilangan kelas atau sebaliknya.
“Kalau semua sekolah ingin mencapai sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang hanya mempunyai kurang lebih 30 pelajar pada keseluruhannya, maka Kementerian Pelajaran harus mencari jalan mengurangkan jumlah pelajar dalam setiap bilik darjah,” ujarnya.
Beliau menegaskan per-ubahan dasar pendidikan juga dilihat sebagai sebahagian daripada penyumbang sindrom buta huruf itu terus berlaku.
Wan Zain menambah satu ketika semua mata pelajaran di sekolah diajar dalam Bahasa Inggeris (BI) kecuali Bahasa Malaysia (BM).
“Menteri terbabit bertukar kurikulum… sekolah bertukar dari BI ke BM. Di sam-ping itu, perubahan bermula dari KLSR ke KBSR kemudian Sains dan Matematik dalam BI kini diperkenalkan BIBM dan akhirnya KSSR di mana sudah tentu mempunyai impak atas tahap (standard) pendidikan pelajar itu sendiri, “ katanya.
Beliau menarik perhatian KSSR juga memberi kesan dan tekanan terhadap barisan pendidik dengan menggunakan ‘system filing’ yang diwajibkan terhadap setiap pelajar.
Difahamkan setiap guru selain dari tugas mengajar terpaksa menyediakan sembilan fail untuk setiap pelajar dan guru-guru terlibat dalam mengendalikan sistem itu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan fail bagi setiap pelajar.
Katanya, kelas-kelas pemulihan oleh guru-guru pakar sudah tentu turut mampu membantu mereka.
Dalam proses menimba ilmu, tegasnya, peranan ibu bapa di peringkat awal amat penting sebelum anak-anak mereka memasuki peringkat institusi pendidikan lebih tinggi.
“Sumber ilmu yang ber-mula dari kedua ibu bapa adalah peringkat utama dan pertama dalam memupuk dan mendidik minat anak mereka mengikuti proses belajar dan pembelajaran.
“Kecacatan salah satu pe-ringkat sumber ilmu di pe-ringkat awal akan melunturkan minat anak-anak me- reka sehingga boleh berlaku keciciran seawal tahap satu dan dua persekolahan,” kata-nya.
Malah, beliau juga men-dakwa bahawa tabiat pemakanan pelajar yang kurang seimbang wajar diberi perhatian.
Justeru, kempen dan pe-nyediaan makanan di sekolah-sekolah perlu dipantau oleh Jabatan Kesihatan agar makanan yang telah dilarang tidak dijual kepada pelajar-pelajar seperti keropok, snek dan sebagainya.
Sehubungan itu, katanya, MAPIM amat berterima kasih kepada penganjur St. Benildus Learning Centre di St Joseph Kuching kerana telah meng-ambil langkah yang patut dicontohi oleh sekolah-sekolah lain dalam usaha mengurangkan sindrom buta huruf di kalangan pelajar.
“MAPIM percaya bahawa kerajaan juga akan memberi sokongan atas daya usaha itu dengan menyediakan dana khas bagi pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Nuffnang Body