Nuffnang Head

Tuesday, March 1, 2011

586 guru besar terima insentif

586 guru besar terima insentif

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud, Yusmawati Mhd Yusof, Norfaisal Jahuri, Mohd Yatim Latip dan Nur Ain Musdad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JASIN: Seramai 586 guru besar di seluruh negara menerima insentif menerusi Tawaran Baru selepas berjaya meningkatkan pencapaian sekolah melepasi sasaran ditetapkan atau melonjakkan pencapaian sekolah kepada kedudukan lebih baik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memperuntukkan RM18.4 juta untuk anugerah berkenaan kepada guru besar dan guru yang berkelayakan.

Menurutnya, imbuhan berkenaan akan turut diberikan kepada kakitangan sokongan seperti kerani di semua sekolah yang berjaya, namun kadarnya belum ditetapkan.

“Sebagai menghargai dan mengiktiraf usaha kepemimpinan sekolah serta guru yang melonjakkan pencapaian melepasi sasaran ditetapkan atau melonjakkan pencapaian kepada kedudukan lebih baik, maka hari ini (semalam) kerajaan mengotakan janji untuk menganugerahi (insentif kepada) guru besar.

“Tawaran Baru kepada guru besar juga tidak melupakan guru-guru di sekolah yang guru besar mereka layak menerimanya,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Beliau berkata, Tawaran Baru kepada guru besar dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah dan diberikan berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian.


Menurutnya, pemimpin sekolah mempunyai impak yang berkesan ke atas kecemerlangan murid dan dalam tawaran baru ini, kepimpinan sekolah dilihat dalam beberapa kriteria menerusi kombinasi Gred Purata Sekolah (GPS) dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

“Antara kriteria itu adalah kemenjadian murid dalam akademik dan kokurikulum, kepimpinan pengetua dan guru besar dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body