Nuffnang Head

Sunday, January 16, 2011

Pramugari MAS Menghembus Nafas Terakhir di Amsterdam


Salam takziah kepada keluarga pramugari yang terlibat.  Semoga dapat dikesan apakah musibah yang meninmpanya.  
 


Pramugari MAS ditemui mati di Amsterdam
January 16, 2011 The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ditemui mati di tempat letak kereta di sebuah hotel di Amsterdam, Belanda pagi kelmarin.

Chin Swee Len, 34, ditemui mati di tempat letak kereta oleh pengunjung Hotel Radisson kira-kira 9 pagi.

Dia dilaporkan ditemui mati selepas kehilangannya disedari oleh beberapa rakannya dan petugas MAS.

Difahamkan, Chin mengikuti penerbangan ke Belanda Selasa lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air semalam.

Dia berkhidmat dengan MAS sejak 1997.

Rakan setugas dan pengurusan penerbangan itu menyedari kehilangan ketika mahu bertolak ke Kuala Lumpur.

“Bilik dia tinggal di tingkat empat diceroboh masuk dan digeledah,” kata sumber dipetik oleh New Sunday Times hari ini.

“Seorang anggota krew telah pergi ke biliknya untuk memeriksa tetapi tidak menemui Chin sedangkan pintu biliknya terbuka,” kata laporan itu.

Chin dilaporkan tidak menghadiri taklimat yang lazimnya diadakan sebelum anggota krew meninggalkan hotel.

Punca kematian Chin masih belum diketahui, kata laporan itu.

Pengarah Operasi MAS Capt Azhaaruddin Osman dipetik berkata pihaknya amat bersedih di atas pemergian seorang staf yang amat berdedikasi.

Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan dikatakan telah berlepas ke Amsterdam malam tadi menaiki penerbangan pesawat MAS, kata laporan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body