Nuffnang Head

Saturday, January 29, 2011

Konflik ibu bapa, guru

Lebih baik berbincang, usah emosional

Dalam kajian dilakukan di London mendapati pelajar gagal menerima sepenuhnya ilmu daripada guru meskipun golongan itu menerima gaji lumayan dan ada kelayakan profesional.

Ini menimbulkan persoalan, apakah dimahukan guru dan mengapa mereka gagal melaksanakan amanah itu, adakah tidak komited atau kurang berminat? Abeyta berkata, semua pihak perlu faham kehidupan kanak-kanak sangat kompleks dan memerlukan bimbingan untuk memilih mana betul atau salah.

Mereka, katanya, sentiasa menjadikan rakan atau contoh depan mata sebagai rujukan.

“Apabila mendapat contoh salah, keputusannya juga salah. Sebaliknya ibu bapa melihatnya daripada pandangan dewasa dengan menjadikan persoalan demi persoalan sebagai sesuatu yang sensasi.

“Ibu bapa menganggap jika guru gagal memberikan perkhidmatan terbaik, mereka golongan gagal.

“Sebaliknya pelajar tidak melihatnya begitu, mereka melihat guru sebagai model yang baik. Keputusan peperiksaan yang teruk mungkin cara semula jadi untuk memprotes dalam diam,” katanya.

Bekas pengetua di Santa Fe Indian School; Ann Cook, of Urban Academy, Kat Crosby bagaimanapun kurang bersetuju dengan Abeyta sambil menganggapnya prejudis dan mengamalkan diskriminasi.

Beliau berkata, ibu bapa sama sekali tidak wajar mencampuri urusan remeh persekolahan anak dan tidak hanya menyasarkan pencapaian akademik sebagai fokus utama.

“Banyak lagi boleh dilakukan bagi menilai kejayaan anak, bukan hanya peperiksaan atau menyerang guru dan sekolah jika tidak berpuas hati.

“Ini tindakan tidak profesional, sangat memalukan dan tidak beretika. Mereka langsung tidak menghormati institusi sekolah dan guru.

“Bukankah masih ada lagi jalan elok boleh dilakukan, antaranya duduk berbincang tanpa dikuasai emosi dan ego?
“Ini soal masa depan membabitkan anak yang juga pelajar. Bayangkan jika ibu bapa, sekolah dan guru tidak sehaluan, siapakah yang rugi?,” katanya.


>INFO
SATU soal selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati konflik ibu bapa dan guru lebih banyak membabitkan golongan bawahan dan pertengahan disebabkan tahap pendidikan dan cara berfikir yang tidak terbuka.

Manakala faktor seperti kelas kecil, kemampuan sekolah, penggunaan teknologi terhad, sistem pembelajaran kurang bermutu, diskriminasi serta pemilihan guru tidak mengikut standard adalah antara aspek dilihat kurang menyenangkan ibu bapa hingga menimbulkan konflik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body