Nuffnang Head

Friday, March 4, 2011

Penswastaan sekolah awam untuk capai kecemerlangan



Penswastaan sekolah awam untuk capai kecemerlangan



by Mohd Norhadie Sahari. Posted on March 2, 2011, Wednesday
Ia satu langkah untuk tingkat kualiti pendidikan: Dr Chan
MIRI: Penswastaan sekolah awam mampu melahirkan guru dan pelajar yang berdaya saing tinggi seterusnya mencapai sasaran kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam menyifatkan ia adalah satu langkah baik bagi memastikan sekolah terbabit merancang strategi untuk menjadi sekolah cemerlang.
“Kita perlu memberi peluang kepada sekolah awam untuk diswastakan supaya warga pendidik sekolah itu mempunyai strategi sendiri cara bagaimana untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih baik,” katanya.
Dr Chan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar nasional berhubung cadangan penswastaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph Miri semalam.
Dr Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak menjelaskan kebanyakan negara mempunyai sekolah khas tersendiri dan memiliki pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
“Untuk menjadi pakej sekolah yang terbaik, sesebuah sekolah perlu memiliki pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga turut mempunyai guru yang komited meneruskan kesinambungan kecemerlangan pendidikan,” katanya.
Beliau turut bersetuju sesebuah sekolah awam diswastakan, namun ia terpulang kepada sekolah terbabit sekiranya penswastaan itu dapat meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan sekolah berkenaan.
Baru-baru ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Kuching telah diswastakan dan langkah berkenaan bakal diikuti oleh SMK St Joseph Miri berikutan terdapat cadangan supaya sekolah itu diswastakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body