Nuffnang Head

Thursday, March 17, 2011

Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetul

Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetulDr Rajiee HadiMac 16, 113:42pmKongsi 23Penulis terima banyak aduan sama ada melalui percakapan tidak formal mahupun menerusi persatuan dan kesatuan guru sama ada semasa lalu mahupun hingga kini, tentang rasa tidak puas hati warga pendidikan terutama di kalangan guru-guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan; baik yang bertugas di sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan (kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia/IPGM) dan pejabat-pejabat pendidikan daerah.Penulis tidak mahu menyentuh selok-belok di kementerian-kementerian lain. Tetapi memadailah bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia...

Sarawak bakal memiliki universiti keenam

Sarawak bakal memiliki universiti keenam      SIBU: Sarawak bakal memiliki universiti keenam dengan penaiktarafan Kolej Laila Taib, di sini, kepada universiti dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata langkah menaik taraf itu bertujuan untuk menampung keperluan yang semakin bertambah terutama bagi lulusan kejuruteraan dan teknikal selaras dengan pembangunan Koridor Diperbaharui Sarawak (SCORE). "Daripada 1.6 juta pekerjaan di dalam SCORE sehingga 2030, lebih daripada 52 peratus adalah pekerjaan kemahiran yang memerlukan pemegang diploma dan ijazah," katanya...

20 pelajar dibuang sekolah

20 pelajar dibuang sekolah  BUKIT KAYU HITAM - “Kami kesal kerana pertemuan dengan pengetua untuk membuat rayuan tidak mendatangkan hasil sebaliknya pengurusan sekolah tetap dengan keputusan untuk membuang anak kami dari sekolah,” keluhan waris pelajar sebuah sekolah berasrama ketika ditemui di luar pekarangan sekolah itu di sini, semalam.  Berikutan keputusan muktamad itu, waris kepada 20 pelajar Tingkatan Lima yang didakwa terlibat dengan kes buli di sekolah berkenaan kecewa kerana rayuan mereka untuk terus mengekalkan anak-anak mereka di situ ditolak tanpa kompromi.  Seorang waris, Jasmi Mohd Noor, 44, mendakwa tindakan...

Sunday, March 13, 2011

Salah ibu bapa murid jadi samseng

Salah ibu bapa murid jadi samseng oleh ABDUL JALIL ALI 3/10/2011 8:16:11 AM Sekolah nampaknya bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Kisah pelajar didera dan dibuli teman sekolah bukan lagi satu kes terpinggir. Dari semasa ke semasa kita mendengar dan membaca mengenai murid-murid diserang dan dibelasah dalam kawasan sekolah. Terkini media melaporkan perihal samseng sekolah menunjuk belang secara terang-terangan di hadapan mata di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi di Kangar Perlis. Mangsanya ialah Muhamad Shahfaly Anoar, 15. Murid Tingkatan Tiga itu sedang mengikuti pelajaran di bilik darjah Jumaat lalu apabila seorang murid datang menariknya ke luar di mana sekumpulan 10 pelajar sedang menunggu. Dia dibelasah sehingga retak tulang tangan, lebam di beberapa bahagian tubuh,...

Lima dakwa ditampar guru

Lima dakwa ditampar guruOleh ISKANDAR SHAH MOHAMED iskandar@hmetro.com.my      SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia...

Thursday, March 10, 2011

Bom' gegar sekolah

Bom' gegar sekolahOleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim dan Yusliza Yakimir Abd Talib am@hmetro.com.my      INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam. Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan...

Tiga pelajar samseng

Tiga pelajar samsengOleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my      NOREL AZMI...ambil keterangan tiga pelajar.HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin. Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka. Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila...

Pages 71234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body