Nuffnang Head

Saturday, January 29, 2011

Konflik ibu bapa, guru

Lebih baik berbincang, usah emosionalDalam kajian dilakukan di London mendapati pelajar gagal menerima sepenuhnya ilmu daripada guru meskipun golongan itu menerima gaji lumayan dan ada kelayakan profesional. Ini menimbulkan persoalan, apakah dimahukan guru dan mengapa mereka gagal melaksanakan amanah itu, adakah tidak komited atau kurang berminat? Abeyta berkata, semua pihak perlu faham kehidupan kanak-kanak sangat kompleks dan memerlukan bimbingan untuk memilih mana betul atau salah. Mereka, katanya, sentiasa menjadikan rakan atau contoh depan mata sebagai rujukan. “Apabila mendapat contoh salah, keputusannya juga salah. Sebaliknya ibu bapa melihatnya daripada pandangan dewasa dengan menjadikan persoalan demi persoalan sebagai sesuatu yang sensasi. “Ibu bapa menganggap jika guru gagal memberikan...

Monday, January 24, 2011

Wakil rakyat sokong wajib jalani ujian kesihatan

Wakil rakyat sokong wajib jalani ujian kesihatanKUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.Anggota Parlimen Santubong itu berkata, walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi wakil rakyat mestilah menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk berkhidmat.Sebagai orang yang berpengalaman sebagai wakil rakyat, iaitu telah...

Lee Chong Wei Juara

Kejuaraan untuk MisbunOleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian sukan@utusan.com.my Lee Chong Wei menuju ke arah jurulatihnya, Misbun Sidek selepas memenangi perlawanan akhir Terbuka Malaysia, mengalahkan Taufik Hidayat 21-8, 21-17 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei terlalu hebat untuk ditandingi Taufik Hidayat dan keunggulan jaguh No. 1 dunia itu melayakkannya menjuarai badminton Terbuka Malaysia kali ketujuh semalam.Malah, Taufik mengakui Chong Wei terlalu bagus sehingga membenarkannya merapatkan jurang mata di set kedua, hanya kerana mahu menjaga air mukanya, memandangkan mereka...

Saturday, January 22, 2011

Gambar Perkahwinan Zaquan Adha

Gambar) Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu RaudhahArtikel ini telah menerima bacaan sebanyak 121 views |  | January 22, 2011 oleh Gadis Lonely?   Di dalam kategori Kahwin, Menarik, Panazzz, Selebriti,TempatanLeave a commentShare289Dengan hantaran 7 dulang dan mas kahwin RM1,888 beserta sekali lafaz, Zaquan Adha sah bergelar suami kepada pelakon wanita cantik, Ayu Raudhah....

Friday, January 21, 2011

Larang guru kerja Sabtu

Larang guru kerja SabtuOleh Faizatul Farlin Farush Khan ffarlin@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah. Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari...

Taufik dibunuh elak rahsia pecah

Taufik dibunuh elak rahsia pecah Oleh M Hifzuddin Ikhsan hifzuddin@bharian.com.my 2011/01/18Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=3200"...

Sunday, January 16, 2011

Pramugari MAS Menghembus Nafas Terakhir di Amsterdam

Salam takziah kepada keluarga pramugari yang terlibat.  Semoga dapat dikesan apakah musibah yang meninmpanya.    Pramugari MAS ditemui mati di Amsterdam January 16, 2011 The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 16 Jan — Seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ditemui mati di tempat letak kereta di sebuah hotel di Amsterdam, Belanda pagi kelmarin. Chin Swee Len, 34, ditemui mati di tempat letak kereta oleh pengunjung Hotel Radisson kira-kira 9 pagi. Dia dilaporkan ditemui mati selepas kehilangannya disedari oleh beberapa rakannya dan petugas MAS. Difahamkan, Chin mengikuti penerbangan ke Belanda Selasa lalu dan sepatutnya...

Safee diberi sambutan wira 3,000 penduduk Tapah

MOHD. Safee Sali diarak dengan menaiki kereta antik Triumph TR4 1966 pada majlis sambutan kepulangan pemain kebangsaan itu di kampungnya di Tapah, semalam. – Mingguan/Mohd Najib Mohd Nor TAPAH – Penyerang bola sepak negara, Mohd. Safee Sali menerima sambutan wira daripada lebih 3,000 penduduk kawasan ini pada satu majlis khas di Stadium Majlis Daerah Tapah (MDT) di sini, semalam.Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis seawal pukul 10 pagi, walaupun Mohd. Safee, 27, tiba pukul 12 tengah hari dengan menaiki kereta antik Triumph TR4 1966 , diiringi lebih 100 buah motosikal kuasa besar dari rumah keluarganya di Jalan...

Majlis perkahwinan Abdul Taib meriah

Majlis perkahwinan Abdul Taib meriah ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi KUCHING 15 Jan. - Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini. Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat. Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara. Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang...

Utusan Melayu Merintis E-pembelajaran Mobil Pertama bersama Duke Court

Syabas kepada Utusan Malaysia dan Duke Court.  Kini sistem pendidikan sekolah di Malaysia akan dimartabatkan lagi dengan adanya sistem e-pembelajaran mobil.  Ini merupakan usaha yang sulung untuk merintis sistem teknologi maklumat yang sudah sedia ada. E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia dipetik Utusan Malaysia 12 Januari 2011 MOHAMED Salleh Bajuri (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Nasir Ali sambil disaksikan oleh Rafli Ridwan (kiri) dan Wahid Hashim pada majlis menandatangani perjanjian bagi membekal kandungan e-pembelajaran SekolahKu antara Duke Court Sdn. Bhd. dan Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur, semalam....

Pages 71234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Body